Seni Gerak
Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh
badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada
gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak
orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.
Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman
bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang
berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri
berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis
tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur
– unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua
jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan
siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh
tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.
Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai –
bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu
adalah seperti berikut :
- Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang
dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah
dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak
inang , asyik , gamelan dan sebagainya.
- Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh
Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
- Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget
dan sebagainya.
- Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja
seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan
sebagainya.
Tarian Asli
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu
melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu. Seni
tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung
Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan
sebagainya.
Tarian Asyik
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari
daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan
Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak –
geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai
dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk
bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula
menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam
berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan
gedombak.
Tarian Ayam Didik
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
Tarian Balai
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri
Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik
seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi
balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah
gelanggang.
Canggung
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang
bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular
di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli
tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua
Tarian Siti Wau Bulan
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan,
ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.
Tarian Cinta Wayang
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan
keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan
selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.
Tarian Dabus
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan
mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali.
Tarian Gambus
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar
Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang
lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.
Tarian Inai
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan
semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan
kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas
pelamin.
Tarian Joget
Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan
Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai
kaum di Malaysia.
Tarian Kuda Kepang
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa
yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian
penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu
mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.
Tarian Mak Inang
Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian
mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini
ditarikan majlis-majlis sosial.
Tarian Zapin
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi
. Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang
digunakan ialah baju melayu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar