Seni Ukir
Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai
hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian
mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran
terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.
Seni Kraftangan
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta
untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk
memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu
memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta.
Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk
memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Seni Tembikar
Seni tembikar merupakan sejenis hasil
kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.
Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk
nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain.
Perusahaan membuat tembiran secara tradisional ini masih dilakukanoleh orang
melayu khususnya di Sayung, Perak.
Seni Anyaman
Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran
daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa
jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu
alat keperluan harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan
mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Tekatan
Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan
merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan
menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan
rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut ,
kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi
tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan ,
upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain.
Seni Tenunan
Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu
tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan
tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan
daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai
berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam
proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga
dengan panggilan kain benang emas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar